Lihat

15 Oktober 2010

Harapan AKU

Parlimen Malaysia

                 Di sini lah aku memberi harapan untuk kehidupan ini. Pasti ada tempat seperti ini walau pun nama berbeza namun fungsi nya tetap sama dan tidak lari walau pun berbagai cara pemerintahan yang di laksanakan di merata dunia. Parlimen Malaysia adalah badan perundangan kebangsaan Malaysia, berdasarkan sistem Parlimen Westminster. Parlimen Malaysia terdiri daripada Dewan Rakyat dan Dewan Negara (atau Senat). 

             Ahli Dewan Rakyat dikenali sebagai ahli Parlimen, manakala ahli Dewan Negara diberi gelaran Senator.Satu pilihan raya diadakan setiap empat atau lima tahun untuk memilih wakil-wakil ke Dewan Rakyat; manakala ahli-ahli Dewan Negara, iaitu Senator, sama seperti ahli-ahli Dewan Pertuanan di United Kingdom, dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

             Sidang Parlimen Malaysia diadakan di Bangunan Parlimen yang terletak di bandaraya Kuala Lumpur. Persidangan terkini adalah merupakan kali ke-12, Speaker Parlimen kini ialah Tan Sri Pandikar Amin Mulia, yang dilantik mengganti kan Ramli Ngah Talib.

14 Oktober 2010

Aku Hormat Jalur Gemilang

JALUR GEMILANG
Jalur Gemilang, mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah. Jalur ini menjadi tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan Malaysia iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor, Terengganu serta Wilayah Persekutu. Warna biru tua di atas sebelah kiri membawa makna perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam sebagai agama rasmi bagi Persekutuan Malaysia. Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.