Lihat

22 November 2010

Lain Dari Yang Lain

Pesawat terbang hujud dalam pelbagai bentuk. Kewujudan pesawat terbang memberi banyak menafaat kepada kehidupan manusia Dibina bagi tujuan kegunaan awam mahupun untuk kegunaan tentera.Menjadi lumrah dan pekara biasa jika pesawat awam di ubah untuk kegunaan tentera dan ianya akan  di anggap menjimatkan KOS kepada sesebuah negara . Sebaliknya pesawat tentera yang di ubah untuk kegunaan awam  akan kelihatan janggal malah suatu yang pelik tetapi menarik. Pekara ini berlaku bukan sahaja kepada pesawat terbang malahan segala kelengkapan yang hujud di dalam dunia tentera akan jadi seperti di maksudkan sebelum ini.

10 November 2010

"ABC"- Air Batu Campur

        Melayu Cina India......Iban Kadazan Murut Penan Bajau dan lain-lain...tidak di lupakan serta di tinggal kan ialah ORANG KITA.... itu semua adalah wajah-wajah ORANG MALAYSIA. Kelompok bangsa yang pelbagai ini yang tinggal dalam satu negara bernama MALAYSIA membentuk masyaraka majmuk yang hidup saling memerlukan antara satu sama yang lain. Namun kepelbagaian yang saling memerlukan ini di pisahkan oleh cara hidup, adat, kepercayaan yang berbeza antara satu sama yang lain.Walau  terdapat perberbezaan namun mereka dapat hidup bersama lebih dari 50 tahun. Suka duka, pahit mahun di kongsi bersama....Atas dasar saling hormtat menghormati dan bertolak ansur dalam banyak pekara sehingga ke hari ini senjak negara mencapai kemerdekaan.

09 November 2010

MELAYU (ملايو)

orang MELAYU (ملايو) merujuk kepada sebuah bangsa yang bertutur dalam bahasa MELAYU (بهاس ملايو) mengamalkan adat resam MELAYU (ملايو) . MELAYU (ملايو) ditakrifkan oleh UNESCO (1972) sebagai suku bangsa MELAYU (ملايو) di semenanjung malaysia, thailand, indonesia, filipina dan madagaskar. perlembagaan malaysia mengistilah MELAYU (ملايو)  itu kepada seorang yang berketurunan MELAYU (ملايو) dan menganut agama ISLAM. ini bermaksud bukan semua yang beketurunan dari nenek moyang MELAYU (ملايو) adalah orang MELAYU (ملايو) .

KERIS adalah lambang kedaulatan orang-orang MELAYU  (ملايو) dimana tersurat dan tersirat di dalam nya dengan pelbagai panggilan nama sama ada bugis, bajau, jawa atau apa sahaja panggilan bangsa itu yang asal usul nya adalah dari nusantara. KERIS senjata yang diguna sejak lebih 600 tahun dahulu mempunyai keunikan yang tersendiri di alam MELAYU (ملايو).dik kerana luasnya alam MELAYU (ملايو) itu, maka pelbagai nama disebut dan di guna pakai misalnya kareh (sumatera), sundang (mindanao), kujang (jawa barat), kedutan (bali) dan lain-lain. nama KERIS itu asal nya dikatakan berasal dari bahasa jawa kuno (malang kerik) bermaksud bercekak pinggang merujuk figura orang bercekak pinggang pada hulu keris. KERIS terbahagi kepada 3 bahagian iaitu mata, hulu dan sarung serta sering kali dikaitkan dengan kuasa mistik oleh orang-orang MELAYU (ملايو) zaman dahulu kala.


07 November 2010

Angkatan Tentera Malaysia

Lambang ATM
Angkatan Tentera Malaysia singkatan nya ATM adalah tunggak pertahanan nasional yang mana merupakan pasukan tentera profesional. Meliputi 3 cabang perkhidmatan utama iaitu Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Penubuhan ATM banyak berkait rapat dengan penglibatan anak watan di dalam bidang ketenteraan bersama tentera british di zaman yang mana tanah melayu masih lagi merupakan sebahagian daripada tanah jajahan british apabila tertubuhnya skuad percubaan Askar Melayu (1 Mac 1933), Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Negeri-negeri Selat (SSNVR)(27 April 1934) dan Pasukan Sukarela Tentera Udara Negeri-negeri Selat (SSVAF)(1936)
  

Bendera ATM









Perkhidmatan
ATM

Tentera Darat
Tentera Laut









Tentera Udara






Hak Yang Aku Miliki

Perlembagaan Malaysia atau pun Perlembagaan Persekutuan mengadungi 183 perkara. Perlembagaan ini adalah undang-undang tertinggi di Malaysia yang merupakan 1 dokumen undang-undang Perlembagaan yang bertulis serta di bentuk berasaskan 2 dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan  tahun 1957.

Perlembagaan ini dirangka atas nasihat SURUHANJAYA REID melalui kajian pada tahun 1956. Perlembagaan ini berkuatkuasa selepas kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos 1957. Perlembagaan ini dirangka bermula dari 1 persidangan yang diadakan di London pada 18 januari sehingga 6 februari 1956 yang mana di hadiri oleh rombongan delegasi daripada Persekutuan Malaya. Mereka yang terlibat ialah Ketua Menteri Persekutuan Almarhun Tunku Abdul Rahman, 3 orang Menteri, Pesuruhjaya Tinggi British di Malaya serta para penasihat ketika itu.

Perlembagaan ini dibahagikan kepada 15 bahagian dan 13 jadual, setiap bahagian mengandungi satu atau lebih artikel yang relevan.

Bahagian yang telah dinyatakan : 
  • Bahagian 1 - Negeri-negeri, agama dan undang-undang persekutuan
  • Bahagian 2 - Kebebasan asasi
  • Bahagian 3 - Kewarganegaraan
  • Bahagian 4 - Persekutuan
  • Bahagian 5 - Negeri-negeri
  • Bahagian 6 - Perhubungan antara persekutuan dan negeri-negeri
  • Bahagian 7 - Peruntukan-peruntukan kewangan
  • Bahagian 8 - Pilihanraya
  • Bahagian 9 - Kehakiman
  • Bahagian 10 - Perkhidmatan awam
  • Bahagian 11 - Kuasa-kuasa khas menentang kuasa subversif dan darurat
  • Bahagian 12 - Am dan pelbagai
  • Bahagian 13 - Peruntukan sementara
  • Bahagian 14 - Perkecualian bagi kedaulatan raja-raja dan sebagainya
  • Bahagian 15 - Prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agung dan raja-raja
Jadual yang telah dinyatakan :
  • Jadual Pertama [Perkara 18(1), 19(9)] - Sumpah Pemohon bagi Pendaftaran atau Penaturalisasian
  • Jadual Kedua [Perkara 39]
    • Bahagian I [Perkara 14(1)(a)] - Kewarganegaraan Melalui Kuat Kuasa Undang-undang bagi Orang yang Lahir Sebelum Hari Malaysia
    • Bahagian II [Perkara 14(1)(b)] - Kewarganegaraan Melalui Kuat Kuasa Undang-undang bagi Orang yang Lahir Pada atau Selepas Hari Malaysia
    • Bahagian III [Perkara 31] - Peruntukan Tambahan Berhubung dengan Kewarganegaraan
  • Jadual Ketiga [Perkara 32 dan 33] - Pemilihan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong
  • Jadual Keempat [Perkara 37] - Sumpah Jawatan bagi Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong
  • Jadual Kelima [Perkara 38(1)] - Majlis Raja-Raja
  • Jadual Keenam [Perkara 43(6), 43B(4), 57(1A)(a), 59(1), 124, 142(6)] - Bentuk Sumpah dan Ikrar
  • Jadual Ketujuh [Perkara 45] - Pemilihan Ahli-Ahli Dewan Negara
  • Jadual Kelapan [Perkara 71] - Peruntukan yang hendaklah Dimasukkan ke dalam Perlembagaan Negeri
    • Bahagian I - Peruntukan Tetap
    • Bahagian II - Peruntukan Sementara sebagai Gantian bagi Peruntukan dalam Bahagian I
  • Jadual Kesembilan [Perkara 74, 77] - Senarai Perundangan (Tanggungjawab dan hak kerajaan Persekutuan dan Negeri)
  • Jadual Kesepuluh [Perkara 109, 112C, 161C(3)] - Pemberian dan Sumber Hasil yang Diserahhakkan kepada Negeri
    • Bahagian I - Pemberian Ikut Kepala
    • Bahagian II - Pemberian Jalan Negeri
    • Bahagian III - Sumber Hasil yang Diberikan kepada Negeri
    • Bahagian IV - Pemberian Khas kepada Negeri Sabah dan Sarawak
    • Bahagian V - Sumber Tambahan Hasil yang Diserahhakkan kepada Negeri Sabah dan Sarawak
  • Jadual Kesebelas [Perkara 160(1)] - Peruntukan Ordinan Tafsiran dan Fasal-Fasal Am 1948 (Ordinan Malayan Union No. 7 tahun 1948), yang Terpakai bagi Mentafsirkan Perlembagaan.
  • Jadual Kedua Belas - (Dimansuhkan)
  • Jadual Ketiga Belas [Perkara 113, 116, 117] - Peruntukan yang berhubunga