Lihat

14 Oktober 2010

Aku Hormat Jalur Gemilang

JALUR GEMILANG
Jalur Gemilang, mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah. Jalur ini menjadi tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan Malaysia iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor, Terengganu serta Wilayah Persekutu. Warna biru tua di atas sebelah kiri membawa makna perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam sebagai agama rasmi bagi Persekutuan Malaysia. Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan