orang MELAYU (ملايو) merujuk kepada sebuah bangsa yang bertutur dalam bahasa MELAYU (بهاس ملايو) mengamalkan adat resam MELAYU (ملايو) . MELAYU (ملايو) ditakrifkan oleh UNESCO (1972) sebagai suku bangsa MELAYU (ملايو) di semenanjung malaysia, thailand, indonesia, filipina dan madagaskar. perlembagaan malaysia mengistilah MELAYU (ملايو) itu kepada seorang yang berketurunan MELAYU (ملايو) dan menganut agama ISLAM. ini bermaksud bukan semua yang beketurunan dari nenek moyang MELAYU (ملايو) adalah orang MELAYU (ملايو) .
KERIS adalah lambang kedaulatan orang-orang MELAYU (ملايو) dimana tersurat dan tersirat di dalam nya dengan pelbagai panggilan nama sama ada bugis, bajau, jawa atau apa sahaja panggilan bangsa itu yang asal usul nya adalah dari nusantara. KERIS senjata yang diguna sejak lebih 600 tahun dahulu mempunyai keunikan yang tersendiri di alam MELAYU (ملايو).dik kerana luasnya alam MELAYU (ملايو) itu, maka pelbagai nama disebut dan di guna pakai misalnya kareh (sumatera), sundang (mindanao), kujang (jawa barat), kedutan (bali) dan lain-lain. nama KERIS itu asal nya dikatakan berasal dari bahasa jawa kuno (malang kerik) bermaksud bercekak pinggang merujuk figura orang bercekak pinggang pada hulu keris. KERIS terbahagi kepada 3 bahagian iaitu mata, hulu dan sarung serta sering kali dikaitkan dengan kuasa mistik oleh orang-orang MELAYU (ملايو) zaman dahulu kala.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan