Lihat

12 Januari 2011

KAPAL & PENJIMATAN....

MEMBINA KAPAL dari jenis yang sama, mempunyai  kesamaan dari sekecil-kecil skru kepada sebesar-besar enjin....ini adalah untuk tujuan penjimatan BANYAK pekara dari segi logistik, latihan dan lain-lain. Dari sudut pandangan penulis ia adalah langkah yang ekonomi. Seperti mana kapal-kapal  NGPV milik TLDM ini, jika ianya di olah penggunaan nya  bagi kegunaan APMM ia boleh dijadikan kapal peronda OPV untuk tugas rondaan laut lepas melangkau hingga ke ZEE MALAYSIA.

NGPV







PDRM-pasukan gerakan merin juga boleh menggunakan pendekatan ini bagi penjimatan pengurusan. Kapal yang dibina untuk tugas-tugas APMM, diguna pakai juga dalam pelaksanaan tugas-tugas PDRM-pasukan gerakan merin. Kedua-dua agansi hanya memerlukan pengubahsuian kepada beberapa pekara seperti  saiz kapal, persenjataan serta lain-lain pekara yang difikirkan baik dan bersesuaian  dengan peranan tugas masing-masing. Keseragaman kapal yang dibina dapat mengurangkan kos yang bakal ditanggung oleh pihak kerajaan disebabkan pemintaan keatas alatan bagi kegunaan kapal yang banyak. Peranan yang dimainkan oleh kedua-dua agensi ini adalah sebagai pengawal keselamatan perairan negara dan bukan sebagai pasukan tempur seperti mana TLDM. contoh seperti kapal di bawah walaupun sebenar nya ini adalah kapal tentera laut.
 


panjang :  30m ke 50m
senjata  :  meriam 40mm @ 30mm
kelajuan : 26 kon


Hal ini tidak terbatas kepada satu atau dua pekara/alatan sahaja malahan semua bentuk kelengkapan yang ada persamaan penggunaan diantara sesuatu agensi  dengan  agensi yang lain boleh digunapakai kaedah seperti dinyatakan bagi  tujuan penjimatan.

11 Januari 2011

Bila Akan Tiba?....

Boeing 737 wedgetail yang dilengkapi radar MESA berupaya membuat pengawasan keatas kawasan seluas 400km serta mampu terbang tampa henti selama 9 jam




Pesawat angkut jenis IL-76MD yang dikenali sebagai KJ-2000 dipasang dengan radae jenis  digenously. Pesawat ini berupaya membuat pengawasan untuk kawasan seluas 300km serta mampu terbang tampa henti selama 7 jam. 
Boeing 767 AWACS adalah milik jepun yang mempunyai radar yang mampu membuat pengawasan ke atas kawasan seluas 320km serta mampu terbang tampa henti selama 9 jam
CAEW G550 milik singapura yang diperolehi dari israel dilengkapi radae jenis AESA yang mana mampu membuat pengawasan kawasan seluas 400km serta mampu terbang tampa henti selama 9 jam.