Lihat

06 September 2011

ADA KAH INI AKAN BERLAKU..........





Kereta perisai buatan malaysia (kerja sama dengan  negara luar) sekiranya seperti mana yang kita bayang kan ini...pasti hebat pasukan Amor & Mekanis Tentera Darat Malaysia.

15 Mei 2011

Kereta Kebal Malaysia

        Kereta kebal merupakan kenderaan tempur berperisai (ACV) berantai yang direka untuk memusnahkan musuh yang kelihatan melalui tembakan langsung dari meriam bergaris pusat besar dan tembakan sokongan dari mesingan.. Kereta kebal seperti "MBT" (Kereta Kebal Utama) dibezakan dengan kereta perisai seperti AFV (Kenderaan Tempur Infantri) melalui persenjataan dan perisainya. Kelangsungan kereta kebal untuk terus beroperasi ditentukan oleh ketebalan perisainya, di samping daya gerak dan kepantasan memusnah musuh oleh persenjataannya. Rantai kereta kebal membolehkannya melintasi sebarang jenis permukaan bumi, hatta jalan kasar dengan kelajuan menakjubkan. Bagi malaysia atau ATM adalah sekurang-kurangnya perlu memiliki sehingga 3 @ 4 rejimen kereta kebal.

Kereta kebal yang dimiliki malaysia......

        

  








Kereta kebal yang boleh ditambah kedalam perkhidmatan












12 Januari 2011

KAPAL & PENJIMATAN....

MEMBINA KAPAL dari jenis yang sama, mempunyai  kesamaan dari sekecil-kecil skru kepada sebesar-besar enjin....ini adalah untuk tujuan penjimatan BANYAK pekara dari segi logistik, latihan dan lain-lain. Dari sudut pandangan penulis ia adalah langkah yang ekonomi. Seperti mana kapal-kapal  NGPV milik TLDM ini, jika ianya di olah penggunaan nya  bagi kegunaan APMM ia boleh dijadikan kapal peronda OPV untuk tugas rondaan laut lepas melangkau hingga ke ZEE MALAYSIA.

NGPV







PDRM-pasukan gerakan merin juga boleh menggunakan pendekatan ini bagi penjimatan pengurusan. Kapal yang dibina untuk tugas-tugas APMM, diguna pakai juga dalam pelaksanaan tugas-tugas PDRM-pasukan gerakan merin. Kedua-dua agansi hanya memerlukan pengubahsuian kepada beberapa pekara seperti  saiz kapal, persenjataan serta lain-lain pekara yang difikirkan baik dan bersesuaian  dengan peranan tugas masing-masing. Keseragaman kapal yang dibina dapat mengurangkan kos yang bakal ditanggung oleh pihak kerajaan disebabkan pemintaan keatas alatan bagi kegunaan kapal yang banyak. Peranan yang dimainkan oleh kedua-dua agensi ini adalah sebagai pengawal keselamatan perairan negara dan bukan sebagai pasukan tempur seperti mana TLDM. contoh seperti kapal di bawah walaupun sebenar nya ini adalah kapal tentera laut.
 


panjang :  30m ke 50m
senjata  :  meriam 40mm @ 30mm
kelajuan : 26 kon


Hal ini tidak terbatas kepada satu atau dua pekara/alatan sahaja malahan semua bentuk kelengkapan yang ada persamaan penggunaan diantara sesuatu agensi  dengan  agensi yang lain boleh digunapakai kaedah seperti dinyatakan bagi  tujuan penjimatan.

11 Januari 2011

Bila Akan Tiba?....

Boeing 737 wedgetail yang dilengkapi radar MESA berupaya membuat pengawasan keatas kawasan seluas 400km serta mampu terbang tampa henti selama 9 jam




Pesawat angkut jenis IL-76MD yang dikenali sebagai KJ-2000 dipasang dengan radae jenis  digenously. Pesawat ini berupaya membuat pengawasan untuk kawasan seluas 300km serta mampu terbang tampa henti selama 7 jam. 
Boeing 767 AWACS adalah milik jepun yang mempunyai radar yang mampu membuat pengawasan ke atas kawasan seluas 320km serta mampu terbang tampa henti selama 9 jam
CAEW G550 milik singapura yang diperolehi dari israel dilengkapi radae jenis AESA yang mana mampu membuat pengawasan kawasan seluas 400km serta mampu terbang tampa henti selama 9 jam.

17 Disember 2010

AKU MAHU

DI HORMATI !!!..... 

BAGAI MANA AKU MAHU DI HORMATI ?

Ilmu itu amat luas, tidak mungkin bagi seseorang manusia biasa mampu menguasai segala ilmu yang ada di dalam dunia ini kecuali mereka yang di izin kan oleh Allah. ilmu ibarat seluas lautan, tidak mungkin terjangkau oleh kail manusia yang hanya sejengkal. Adalah mustahil bagi seseorang manusia menguasai seluruh ilmu yang ada didunia ini kerana semakin banyak ilmu di ketahui akan wujud semakin banyak ilmu yang tidak ketahui. Oleh itu, tuntutlah ilmu kerana ilmu itu amat luas dan tiada batasannya. Gunakanlah ilmu pengetahuan ke arah kebaikan tanpa sebarang perasaan sombong dan jumub dengan ilmu yang ada. Seseorang yang berkelulusan Phd tidak semestinya lebih berilmu dari seseorang yang cuma tamat sekolah menengah. Sesuatu yang saya ketahui mungkin tidak anda ketahui dan sesuatu yang anda ketahui mungkin tidak saya ketahui. Maka sama-samalah kita meneruskan pencarian dan perkongsian ilmu (ILMU YANG BAIK-BAIK SAHAJA) selagi masih ada nafas di bumi yang indah ini

06 Disember 2010

HAK & BUKAN HAK........

 
 
 
 
 
 
 

Mengikut Perjanjian yang telah dibuat pada satu ketika dahulu, bagi tiap-tiap Negeri yang ada di dalam MALAYSIA akan menerima sebanyak 5% daripada nilai hasil petroliam yang telah dijumpai dan diperolehi di dalam mana-mana kawasan perairan Negeri tersebut atau di luar perairan Negeri tersebut( atas budi bicara ). Hasil itu adalah hasil yang akan diperolehi hasil jualan petroliam oleh PETRONAS atau mana-mana ejensi atau kontrektor-kontrektornya.. Itu lah kata-kata yang telah di buat oleh Tun Abdul Razak di Dewan Rakyat pada tanggal 12hb. November tahun 1975