Lihat

17 Disember 2010

AKU MAHU

DI HORMATI !!!..... 

BAGAI MANA AKU MAHU DI HORMATI ?

Ilmu itu amat luas, tidak mungkin bagi seseorang manusia biasa mampu menguasai segala ilmu yang ada di dalam dunia ini kecuali mereka yang di izin kan oleh Allah. ilmu ibarat seluas lautan, tidak mungkin terjangkau oleh kail manusia yang hanya sejengkal. Adalah mustahil bagi seseorang manusia menguasai seluruh ilmu yang ada didunia ini kerana semakin banyak ilmu di ketahui akan wujud semakin banyak ilmu yang tidak ketahui. Oleh itu, tuntutlah ilmu kerana ilmu itu amat luas dan tiada batasannya. Gunakanlah ilmu pengetahuan ke arah kebaikan tanpa sebarang perasaan sombong dan jumub dengan ilmu yang ada. Seseorang yang berkelulusan Phd tidak semestinya lebih berilmu dari seseorang yang cuma tamat sekolah menengah. Sesuatu yang saya ketahui mungkin tidak anda ketahui dan sesuatu yang anda ketahui mungkin tidak saya ketahui. Maka sama-samalah kita meneruskan pencarian dan perkongsian ilmu (ILMU YANG BAIK-BAIK SAHAJA) selagi masih ada nafas di bumi yang indah ini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan