Lihat

17 Disember 2010

AKU MAHU

DI HORMATI !!!..... 

BAGAI MANA AKU MAHU DI HORMATI ?

Ilmu itu amat luas, tidak mungkin bagi seseorang manusia biasa mampu menguasai segala ilmu yang ada di dalam dunia ini kecuali mereka yang di izin kan oleh Allah. ilmu ibarat seluas lautan, tidak mungkin terjangkau oleh kail manusia yang hanya sejengkal. Adalah mustahil bagi seseorang manusia menguasai seluruh ilmu yang ada didunia ini kerana semakin banyak ilmu di ketahui akan wujud semakin banyak ilmu yang tidak ketahui. Oleh itu, tuntutlah ilmu kerana ilmu itu amat luas dan tiada batasannya. Gunakanlah ilmu pengetahuan ke arah kebaikan tanpa sebarang perasaan sombong dan jumub dengan ilmu yang ada. Seseorang yang berkelulusan Phd tidak semestinya lebih berilmu dari seseorang yang cuma tamat sekolah menengah. Sesuatu yang saya ketahui mungkin tidak anda ketahui dan sesuatu yang anda ketahui mungkin tidak saya ketahui. Maka sama-samalah kita meneruskan pencarian dan perkongsian ilmu (ILMU YANG BAIK-BAIK SAHAJA) selagi masih ada nafas di bumi yang indah ini

06 Disember 2010

HAK & BUKAN HAK........

 
 
 
 
 
 
 

Mengikut Perjanjian yang telah dibuat pada satu ketika dahulu, bagi tiap-tiap Negeri yang ada di dalam MALAYSIA akan menerima sebanyak 5% daripada nilai hasil petroliam yang telah dijumpai dan diperolehi di dalam mana-mana kawasan perairan Negeri tersebut atau di luar perairan Negeri tersebut( atas budi bicara ). Hasil itu adalah hasil yang akan diperolehi hasil jualan petroliam oleh PETRONAS atau mana-mana ejensi atau kontrektor-kontrektornya.. Itu lah kata-kata yang telah di buat oleh Tun Abdul Razak di Dewan Rakyat pada tanggal 12hb. November tahun 1975

05 Disember 2010

PESAWAT VVIP


    Terasa ingin naik pesawat seperti seorang VVIP...namun apakan daya hanya mampu naik pesawat seperti orang ramai sahaja. Dibawah ini adalah merupakan pesawat-pesawat VVIP yang di kendalikan oleh RMAF (TUDM).....Pesawat ini digunakan untuk membawa para VVIP seperti YANG DIPERTUAN AGONG, PM, TPM, MENTERI dan delegasi-delegasi bagi tujuan rasmi. Kesemua pesawat ini ditempatkan di pangkalan TUDM subang selangor.


BOEING 737-700 
 
AIRBUS A319
 
 FOKKER 28

DASSAULT FALCON 900X

BOMBARDIER GLOBAL EXPRESS

CASA CN -235-220M